PENGAMALAN HISBAH DALAM PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

Muslihah Mazlan, Siti Nur Afiqah Shafie, Noor Azizah Jakaria

Abstract


Hisbah adalah merupakan suatu sistem pengawasan yang melibatkan proses pengawasan dalaman dalam memastikan al-amr bi ma’ruf wa al-nahy an-al-munkar (menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran). Proses ini penting dalam membina kesedaran berakhlak dalam kalangan pelajar khususnya di institusi pendidikan Islam. Kertas kerja ini berhasrat meneliti pengamalan hisbah dalam kaedah pengurusan disiplin pelajar. Penelitian terhadap kajian serta karya terdahulu yang dijalankan mendapati amalan hisbah memberi kesan terhadap pengurusan disiplin pelajar. Hal ini kerana amalan hisbah merangkumi tiga aspek utama iaitu akidah iaitu musyaratah(perjanjian hati), syariah iaitu muraqabah (pemerhatian tingkah laku) dan muhasabat (memperhitung diri) dan akhlak iaitu mu'aqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan nafsu) dan mu'atabah (pembersihan jiwa) mampu memberi kesan terhadap pembentukan disiplin pelajar.


Keywords


Hisbah, Pengurusan Disiplin, Institusi Pendidikan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.