ANALISIS KONSEP AF’AL ALLAH DAN AF’AL AL-‘IBAD DALAM PENGURUSAN BENCANA WABAK COVID-19 MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Adam Badhrulhisham, Md Fahami Shukri Dzulkarnain

Abstract


Penularan wabak COVID-19 atau SARS-CoV-2 iaitu penyakit yang menyerang sistem pernafasan baru-baru ini mencetuskan fenomena panik di peringkat global. Pada 11 Mac 2020 Kesatuan Kesihatan Dunia (World Health Organization atau WHO) telah mengumumkan penularan wabak ini sebagai satu pandemik yang memerlukan tindakan drastik di serata dunia. Pandemik ini telah mencetuskan pelbagai respon masyarakat di samping persoalan khususnya dalam soal perbuatan Tuhan. Lebih-lebih lagi kluster penularan wabak ini di Malaysia (setakat penulisan ini) yang terbesar ialah daripada kluster yang bersangkutan dengan agama Islam. Justeru penulisan berbentuk konseptual ini akan menganalisis pandangan mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah dalam soal af’al Allah dan af’al al-‘ibad dalam konteks penularan wabak ini bagi memberi gambaran sikap yang sepatutnya dipamerkan dalam menghadapi bencana ini. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini ialah kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya utama akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Kajian mendapati akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang dengan pendapat yang sederhana iaitu walaupun wabak ini ialah ketentuan dari Allah SWT, ia tidak menafikan peranan dan usaha manusia sebagai makhluk yang diberikan ikhtiar dalam menghadapi pandemik ini.


Keywords


Konsep Af’al Allah & Af’al Al-‘Ibad; Covid-19; Ahli Sunnah Wal Jamah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.