AMALAN SISTEM KAWALAN DALAMAN BAGI PENGURUSAN AGIHAN QURBAN SECARA BERKELOMPOK: KAJIAN KES DI SURAU AL-MUBARAKAH

Jismi Md Salleh, S Salahudin Suyurno, Shahitul Badariah Sulaiman, Mohd Hanif Mohd Omar

Abstract


Kertas kajian ini menghuraikan secara deskriptif sistem agihan qurban yang digunapakai di Surau Al-Mubarakah yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka pada tahun 1440H dengan menggunakan metodologi kajian kes.  Objektif kajian ialah untuk menghuraikan secara terperinci sama ada ciri-ciri kekuatan di dalam sistem pengurusan agihan yang digunakan membolehkan matlamat agihan sepertimana dikehendaki syariah tercapai atau sebaliknya.  Kajian turut mengenalpasti aspek-aspek kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam sistem yang digunakan.  Pengumpulan data adalah menggunakan teknik temubual dengan ahli-ahli jawatankuasa surau dan ahli-ahli qariahnya, pemeriksaan dokumen serta observasi yang dilakukan semasa majlis qurban.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengggunaan sistem kawalan dalaman bagi agihan qurban membolehkan surau ini mencapai matlamat untuk melakukan agihan secara amanah dan ‘adil kepada pelbagai kategori penerima.   Selain membantu pihak pengurusan surau itu sendiri, dapatan ini membuka ruang kajian lain berkaitan keperluan untuk pengurus qurban mengamalkan satu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi agihan qurban.


Keywords


Sistem Agihan Qurban, Aktiviti Kawalan Dalaman, Amanah, Adil

Full Text:

PDF

References


Al-Qur’an Al-Kareem – Al-Haramain 7 Dalam 1 - Terjemahan dan Tajwid Berwarna, Karya Besrati Sdn Bhd, Cetakan ke-2, Ogos 2016

Abdullah, M. (2016), “Qurban: Wujud Pendekatan Seorang Hamba Dengan Tuhannya”, Jurnal Pendidikan Agama Islam – Ta’lim Vol 14 No 1 – 2016

Hendri dan Andriyaldi (2018), “Pemberian Upah Pemotongan Hewan Qurban Menurut Hukum Islam”, ALHURRIYAH : Jurnal Hukum Islam, Vol. 03., No. 02, 2018

Hua, A.K. (2016), “Pengenalan Rangkakerja Metodologi Dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 1, Issue 1, 2016: 17-23

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2013). Garispanduan Perlaksanaan Ibadah Qurban, Garispanduan JAKIM Bil 2, 2013. Diambil daripada www.islam.gov.my

Muhammad, R., Ishak S., dan Mohd Faiz H. I. (2016), “Maqasid Ibadah Haji Dalam Perspektif Al-Qur’an Dan Al-Sunnah : Kajian Terhadap Hujjaj Malaysia”, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Bil. 12 2016 (Januari)

Muhammad Sabri, M.F., dan Tonot, H. (2017), “Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang”, Journal of Business Innovation, Vol 2 No. 1 / 2017: 25-41

Salleh, J.M., Mahat, M.A., Suyurno, S. S., dan Salleh, A.H.M. (2020), “An Insight into Qurban Distribution by Mosque During the Period of Movement Control Order (MCO) In Malaysia”, Proceedings of 8th International Conference on Advanced Materials Engineering & Technology (ICAMET 2020) AIP Conf. Proc. 2347, 020104-1–020104-6; https://doi.org/10.1063/5.0053237

Santoso, H (2020), “Pengelolaan Distribusi Daging Qurban di Masjis Al-Irsyad Surabaya”, Jurnal Masjiduna: Jurnal Ilmiah Stidki Ar-Rahmah, Vol 3 (2) (2020): 82-92

Zakariah, M. (2018), “Ibadah Qurban Sebagai Wujud Iman dan Taqwa Dalam Menyukseskan Pembangunan”, Jurnal Syariah Hukum Islam (2018) 1 (1): 60-67

https://sigir.uitm.edu.my – web hadis

htttps://www.coso.org - Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.