PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM RUTIN PERBUALAN HARIAN BERSAMA ANAK: SATU ANALISIS KEPERLUAN

Nurul Akma Jamil, Nur Ain Farhana Kariuddin, Mohamad Albaree Abdul, Norhafizi Mohd Arof, Iylia Mohamad, Fairuz 'Ain Harun

Abstract


Rumah adalah tempat keluarga menghabiskan masa bersama antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh itu, persekitaran rumah yang sihat dapat membentuk hubungan yang erat antara ahli keluarga. Pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat membuatkan ibu bapa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga bagi mendapatkan kehidupan yang lebih terjamin. Terdapat kemungkinan tidak berlakunya komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak disebabkan kekangan masa yang mana boleh mengakibatkan kesan kepada perkembangan bahasa anak mereka. Oleh itu, interaksi antara ibu bapa dan anak-anak perlu diamalkan secara rutin dalam setiap keluarga. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa dalam rutin perbualan harian bersama anak-anak di rumah. Kajian ini tertumpu kepada ibu bapa yang bekerja pada waktu bekerja normal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan. Responden terdiri daripada 165 ibu atau bapa di Malaysia yang mempunyai anak berumur empat hingga enam tahun. Dapatan kajian memberi gambaran bahawa rutin perbualan harian antara ibu bapa dan anak adalah pada tahap sederhana (skor min 2.81 dan sisihan piawai 0.946). Anak-anak yang sering mendapat perhatian daripada ibu bapa dari segi interaksi akan menunjukkan keyakinan diri yang tinggi apabila bersama orang lain. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, ibu bapa seharusnya berinteraksi dengan anak-anak di rumah dengan lebih kerap untuk membantu dan membina hubungan kekeluargaan yang baik. Kajian ini akan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya interaksi dengan anak.


Keywords


Penglibatan ibu bapa, rutin perbualan, komunikasi, interaksi dan ibu bapa bekerja

Full Text:

PDF

References


Abd Raof, N., Ishak, M. S., Mohamad, M. S., Ali, M. A. Z., & Ibrahim, A. Z. (2020). Tahap Penglibatan Ibu Bapa Dalam Didikan Kanak-Kanak Di Taska Kemas. Jurnal Kesidang, 5(1), 112-118.

Abdullah Nasih, U. (2015). Pendidikan peribadi anak menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd.

Amran, N. N., & Hussin, H. (2020). Wanita dan pengurusan emosi melalui pengkisahan Maryam dalam al-Quran. International Journal of Islamic Thought, 17, 90-100.

Anuar Ahmad & Norhaidawati Mohd Noor (2017). Child Centered Pedagogy For At Risk Children At Chow Kit, Kuala Lumpur (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Crossman, A. (2017). Purposive Sampling-Definition and Types. Thoughtco. https://www. thoughtco. com/purposive-sampling-3026727#:?: text= A% 20purposive% 20sample% 20is% 20a,% 2C% 20selective% 2C% 20or% 20subjective% 20sampling.

Ghazi, A. K. M., Adnan, H. A., Mokhtar, D., Rohaizad, N. A., & Shamshuddin, N. (2018). Kefungsian keluarga dan perkaitannya dengan motivasi pencapaian: Satu kajian di Kementerian Sumber Manusia. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(3).

Hamdan, R. (2021). Membina Personaliti Kanak-kanak dan Remaja berdasarkan Hikayat Musang Berjanggut. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 173-187.

Hassan, M. M., Narahim, M. D. A. M., Noor, A. M., Khir, A. M., & Abdullah, W. A. W. (2022). Perhubungan antara Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Stres dalam kalangan Pekerja Kakitangan Awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001282-e001282.

Hornby, G., & Blackwell, I. (2018). Barriers to parental involvement in education: An update. Educational review, 70(1), 109-119.

Isa, Z. M., Mustafa, M. C., Shamsudin, I. D., Bacotang, J., & Piragasam, G. A. G. (2021). Aktiviti sokongan bagi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), 27-34.

Ismail, S. (2018). Elemen Komunikasi Bapa Dalam Surah Luqman. In 4th International Conference on Islamiyyat Studies (pp. 18-19).

Ismail, S., Ismail, N., Mohamad, N., & Husna, N. D. (2019) 1010 Cabaran Komunikasi Ibu Bapa Dalam Masyarakat Melayu.

Ismail, S., Rasit, R. M., Aini, Z., Ismail, N., & Mohamad, N. (2020). Cabaran Komunikasi Ibu Bapa Dalam Keluarga Muslim di Selangor. Jurnal Pengajian Islam, 13(1), 67-77.

Jalal, F. H., Harun, F. A., Ismail, N., & Abd Samad, N. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 36-61.

Rahmawati, R., & Gazali, M. (2018). Pola komunikasi dalam keluarga. Al-Munzir, 11(2), 327-245.

Sinau, M. T., & Yunus, F. (2020). Penglibatan Ibu Bapa/Keluarga Dalam Pembelajaran Sains Awal–Bagaimanakah Meningkatkan Sumbangan Mereka?. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 86-96.

Sitimin, S. A., Fikry, A., Ismail, Z., & Hussein, N. (2017). Work-family conflict among working parents of children with autism in Malaysia. Procedia Computer Science, 105, 345-352.

Yusof, D. E. A., Kee, C. P., Salleh, M. A. M., & Kay, R. C. S. (2021). Mediasi Aktif Dalam Pengasuhan Digital Ke Atas Perkembangan Kanak-kanak. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 4(1), 107-123.

Zaleha Damanhuri & Mariani Md Nor (2020), Hubungan Ekspresi Emosi Ibubapa dengan Masalah Tingkah Laku Kanak-kanak, Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Sosial (2.0), 50-58

Zur Raffar, I. N. A., & Hamjah, S. H. (2018). Personaliti bapa menurut perspektif Islam dan aplikasinya dalam keluarga. Islamiyyat, 40(1), 61-69.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.