MOTIF MARITIM DALAM PANTUN MELAYU

Liliy Salwani Razali, Shaiful Bahri Md. Radzi

Abstract


Karya-karya Melayu tradisional yang berbentuk puisi lisan cenderung menggambarkan motif maritim dalam penciptaan setiap genre. Kajian ini mengangkat masyarakat Melayu sebagai masyarakat maritim berdasarkan puisi lisan. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan instrument analisis seperti teknik bacaan rapi dan analisis kandungan. Data kajian melibatkan teks Kurik Kundi Merah Saga (2002) sebagai sumber yang utama. Selain itu, perincian unsur maritim dibina bagi mengenal pasti motif maritim dalam puisi lisan Melayu yang dikategorikan kepada tiga ciri iaitu bentuk muka bumi, fenomena alam dan pengangkutan di air. Berdasarkan unsur maritim yang diperincikan, hasil kajian mendapati bahawa warga Melayu sangat erat dengan dunia maritim. Hal ini dapat dilihat berdasarkan motif maritim dalam puisi lisan yang merakamkan pelbagai bentuk muka bumi persisiran; fenomena alam; dan pengangkutan air yang digunakan. Setiap motif maritim ini merupakan rakaman masyarakat ke atas alam dan aktiviti kehidupan mereka di persisiran laut di Nusantara. Laut membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu sehingga melahirkan empayar besar Melayu maritim seperti Srivijaya, Melaka, Acheh dan Johor-Riau khususnya menerusi aktiviti perdagangan maritim seperti yang terakam dalam puisi lisan. Sesungguhnya kajian ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat maritim berdasarkan puisi lisan.

Keywords


Kata kunci: Karya Melayu, motif maritim, pantun Melayu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.