SENI RAGAM HIAS MASJID TRADISIONAL ALAM MELAYU SEBAGAI KESINAMBUNGAN KESENIAN DUNIA ISLAM

Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Abstract


Masjid ialah binaan rumah ibadat yang khusus untuk umat Islam melakukan ibadah. Ia juga turut dikenali sebagai Rumah Allah di kalangan umat Islam. Binaan Masjid telah diasaskan oleh Rasulullah SAW sejak tahun pertama Hijrah dan ia telah berkembang dengan pesat sehingga hari ini dengan pelbagai reka bentuk dan hiasan. Kebanyakan pengkaji seni Islam mengkategorikan seni ragam hias yang terdapat di dalam sesebuah masjid sebagai seni Islam baik dalam bentuk kaligrafi, geometri, bunga-bungaan atau tumbuhan. Kepelbagaian seni ragam hias ini dihasilkan berdasarkan kepada ajaran Islam di mana prinsip utama yang digariskan adalah ragam hiasan yang dihasilkan dan digunakan tidak mempunyai bentuk makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan. Walaupun tanpa bentuk figura, setiap wilayah Islam mempunyai sentuhan seni ragam hias tersendiri yang sesuai dengan reka bentuk masjid di setiap wilayah Islam. Prinsip ini telah diguna pakai dalam semua pembinaan masjid di seluruh wilayah Islam termasuk alam Melayu. Seni ragam hias masjid tradisional alam Melayu terdiri daripada masjid yang dibina daripada kayu sepenuhnya dan bangunan yang dibina menggunakan batu adalah selepas abad ke – 18 Masihi seiring dengan kemasukan pengaruh seni bina Barat. Kepelbagaian seni ragam hias yang terdapat dalam masjid tradisional alam Melayu menekankan konsep minimalis dan juga konsep keagamaan secara tersirat dalam setiap bentuk yang digunakan. Warisan seni ragam hias ini bukan sahaja penting sebagai warisan tempatan tetapi ia juga penting dalam memperkayakan seni Islam secara amnya.

Keywords


Kata kunci : Masjid; ragam hias; kesenian

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.