KEPELBAGAIAN DAN KEUNIKAN ADAT PERPATIH MEMPERKUATKAN BANGSA

Rosliza Musa, Zuraidah Hassan, Mohd Rosli Saludin

Abstract


Kajian ini adalah mengenai kepelbagaian dan keunikan adat perpatih memperkuatkan bangsa. Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan tentang jenis adat di Negeri Sembilan, mengenalpasti kepelbagaian dan keunikan Adat Perpatih dan menjelaskan Adat Perpatih Negeri Sembilan dalam membentuk jatidiri dan juga perpaduan. Turut akan dijelaskan bahawa Adat Perpatih cuma ada di Negeri Sembilan dan Adat Melayu ada di negeri-negeri lain di Malaysia. Kupasan ini akan diperkukuhkan lagi dengan teori yang digunakan ialah Teori Teksdealisme yang diutarakan oleh Mana Sikana dan prinsip yang digunakan ialah kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Dapatan mendapati bahawa teras Adat Perpatih, Negeri Sembilan adalah Syarak, Adat dan Akal budi dan semuanya itu ada terkandung dalam Adat Orang Asal, Adat Minangkabau, Adat Siak, Adat Kampar dan Adat Rawo. Diperkukuhkan lagi dengan Adat  Mandailing, Adat Bugis, Adat Jawa, Adat Banjar, Adat Bangkahulu, Adat Orang China dan Adat Orang India. Setiap adat ini ada titik persamaan dan kekuatannya yang boleh memperkuatkan bangsa.  Implikasi kajian ini bermanfaat untuk semua pihak dengan tujuan memahami bahawa Negeri Sembilan bukan hanya terkenal dengan adat Minangkabau, tetapi juga dikenali kerana kepelbagaian dan keunikan lainnya.


Full Text:

PDF

References


Abu Chik Mat Sarom. 1962. Asal Usul Adat Perpatih. Kuala Pilah: Malay Press.

Azman Ismail (2001). Teksdealisme-perlu dimatangkan. Diperoleh pada Januari 11, 2013daripadhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2Hgmv2Jh1

© Utusan Melayu (M) Bhd

Azman Ismail (2001). Teori strukturalisme genetik:penerapan terhadap novel-novel Pramoedya Ananta Teor. Dissertation (M:Malay Stud.) Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Batin Ibrahim Amin. 1982. Salasilah Batin Guntor Ulu Jempol Negeri Sembilan,

Turunan Dari Bukit Salai.

Gullick. J , 1981, Malaysia:Economic Expansion and National Unity, ,London,Westview

Press.

Hanapi Dollah,1986, Asimilasi Budaya:Kajian Kes Komuniti Cina Di Kelantan. Bangi:

Penerbit UKM.

Mana Sikana (2012). Teori sastera kontemporari. Tg Dot Net Perak: Pustaka Karya.

Mana Sikana (1996). Teori Teksdealisme. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

M.Rajantheran & S.Manimaran,1994, Perayaan Dan Keraian Orang India. Kuala .Lumpu: Fajar Bakti.

Mohd Rosli Saludin, 2011. Seri Menanti Tanah Beradat Bermula Di Sini. Selangor:

Crescent News Sdn. Bhd.

Mohd. Taib Osman, 1983, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu,K.Lumpur,DBP.

Puti Reno Raudha Thaib,1989, Peran Adat Dalam Pengembangan

Kepariwisataan,Jakarta,Pustaka Aksara.

Wan Abd. Kadir Yusoff & Zainal Abidi Borhan, 1985, Idealogi dan Kebudayaan

Kebangsaan, K.Lumpur, Jab. Pengajian Melayu,UMalaya.

Wan Hashim Wan Teh. 2008. Teori Migrasi dan Asal Usul Ras Melayu dalam Polemik

Sejarah Malaysia (jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.