PENGARUH HUKUM KANUN PAHANG TERHADAP RAJA DAN PEMERINTAHANNYA

Nurliana Suhaini, Aimi Khairunnisa Abdul Karim, Abd Aziz A'zmi, Farrah Wahida Mustafar, Norizan Mohd Noh

Abstract


Kewujudan manuskrip undang-undang atau Hukum Kanun Pahang ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kita bahawa raja-raja Melayu yang cuba mengamalkan keadilan dalam pemerintahan. Konsep keadilan undang-undang Melayu semakin diperkukuhkan lagi dengan penerapan nilai-nilai keadilan pemerintahan dalam agama Islam. Undang-undang adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran yang hendak dijalankan dalam setiap organisasi tertentu. Rakyat yang cuba melanggar atau mengancam kedudukan raja akan dituduh sebagai penderhaka dan dibakal menerima hukuman yang berat. Walaupun terdapat sesetengah hukuman dikenakan mempunyai unsur kekerasan namun sebenarnya sengaja digubal sebagai cara untuk menghalang daripada kedudukan raja itu digugat oleh rakyat. Jika masih ada rakyat yang melanggar peraturan melakukan kesalahan dan menentang raja mereka perlu bersiap sedia dengan segala hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka. Jelas juga bahawa kukuhnya agama Islam tersebut maka tidak dapat lagi disangkal bahawa pengaruh Sultan amat besar dalam hukum kanun ini sebagai ketua dalam kerajaan. Natijahnya undang–undang ini sengaja dicipta supaya kelihatan amat kejam untuk menakutkan rakyat tentang keperitan dan kesengsaraan sehingga ke saat kematian sekiranya dikenakan hukuman ini. Oleh itu dengan berkembangnya konsep “daulat” ataupun dipercayai oleh rakyat akan keistimewaan, kehebatan, kerohanian luar biasa seorang Raja maka rakyat menjadi patuh dan taat kepada segala suruhan dan hukum undang–undang yang telah dilaksanakan. Dengan kemurnian tersebut keadaan negeri menjadi aman dan makmur, perdagangan berkembang pesat, tanaman hidup subur juga rakyat bertambah ramai lantas raja dianggap berjaya dalam merealisasikan Hukum Kanun Pahang tersebut.


Full Text:

PDF

References


Abdul Jalil bin Borhan. (2004). Legasi Islam di Pahang wadah transformasi jati diri umat gemilang dalam Syarahan Umum Profesor. Dewan Astaka: Universiti Malaysia Pahang.

Abdul Kadir Haji Muhammad. (1996). Sejarah Penulisan Hukum Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak. (1992). Islam di Nusantara : Khususnya di Tanah Melayu. Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.

Jelani Harun. (2008).Undang – undang Kesultanan Melayu dalam perbandingan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Liaw Yock Fang. (1976).Undang–undang Melaka (the laws of Melaka). Netherlands: The Hague–Martinus Nijhoff.

Mahmud Saedon Awang Othman. (1989). Islamic Law and Its Codification. IIUM Law Journal, 1:1.

Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear W.G. (ed.). (1896). Sejarah Melayu (edisi jawi). Singapura: Malay Publishing, House Limited.

Syed Muhammad Naguib Al–Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yaakub Isa. (2003). Hukum Kanun Pahang. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.