PENGAJARAN KOLABORATIF SUBJEK CTU101 : KAJIAN KESEDARAN TERHADAP ISU LGBT DALAM KALANGAN PELAJAR UITM

Farah Safura Muhammud, Atiratun Nabilah Jamil, Mastura Razali

Abstract


Aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin menjadi ikutan dan merisaukan. Tuntutan legitimasi golongan ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pemikiran golongan tersebut. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia (2020) telah menyatakan bahawa peningkatan kadar jangkitan HIV di negara ini secara umumnya disumbangkan oleh beberapa golongan termasuk golongan LGBT. Oleh itu, kajian ini berobjektifkan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap isu LGBT dalam kalangan pelajar UiTM. Kajian ini penting kerana subjek CTU101 menekankan topik Maqasid Syariah dan isu kemenjadian akhlak masyarakat pada hari ini. Kajian ini dijalankan kepada 200 pelajar semester pertama UiTM dengan dijalankan survey atas talian. SPSS 20 digunakan sebagai alat untuk menganalisis dapatan. Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan asas dan kesedaran mengekang isu LGBT masih berada dalam skala sederhana. Ini merupakan petanda kurang baik untuk masa depan sosial belia Muslim Malaysia secara umumnya. Justeru kesedaran dan pemahaman tentang signifikan pengharaman LGBT perlu terus dilaksanakan dari akar umbi kerana seiring dengan keperluan salah satu elemen Maqasid Syariah iaitu menjaga keturunan masayarakat.

Keywords


CTU101; Lesbian; Gay; Biseksual; Transeksual; Maqasid Syariah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.