KESENIAN CARAVANSERAI MUGHAL: SARAI AMANAT KHAN

Aina Zafirah Samsudin, Roziah Sidik @ Mat Sidek

Abstract


Sarai Amanat Khan merupakan caravanserai zaman Mughal yang terletak di Amritsar, Punjab. Pembinaannya turut memaparkan gaya seni bina Mughal. Ia dibina pada tahun 1640M oleh arkitek yang terkenal dengan seni bina Taj Mahal iaitu Amanat Khan Shirazi. Keunikan seni bina Sarai Amanat Khan yang paling menakjubkan dapat dilihat pada pintu masuk di sebelah timur dan barat iaitu Delhi Darwaza dan Lahori Darwaza. Hal ini kerana Amanat Khan telah menghiasi dinding sarainya dengan pelbagai elemen kesenian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneliti elemen-elemen kesenian yang terdapat pada seni bina Sarai Amanat Khan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Maklumat dan data dikumpul dari pelbagai sumber rujukan seperti artikel jurnal, buku dan tesis yang dilihat relevan dan berkaitan dengan tajuk artikel ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sarai Amanat Khan mempunyai elemen yang sangat indah dan menarik pada pintu masuknya dengan ukiran kaligrafi dan inskripsi, corak arabesque serta motif flora. Bukan itu sahaja, masjid yang terdapat dalam sarai ini juga turut mempunyai ukiran kaligrafi dan inskripsi. Kaligrafi dan inskripsi ini merupakan karya Amanat Khan yang digambarkan dalam jubin kaca berwarna biru dan kuning. Penggunaan jubin kaca ini secara langsung menunjukkan bahawa Sarai Amanat Khan turut menerima pengaruh kesenian Parsi pada seni binanya. Hal ini kerana jubin kaca merupakan ciri-ciri seni bina Parsi. Pada hari ini, elemen kesenian ini masih kekal dan dapat dinikmati oleh para pelancong yang berkunjung ke Sarai Amanat Khan. Walaupun bagaimanapun, terdapat juga sebilangan bahagian yang semakin pudar mengikut peredaran masa.

Keywords


Sarai Amanat Khan; Caravanserai Mughal; Seni bina Mughal; Tamadun Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.