Kata Aluan

 

Assalamualaikum Wr Wbt & Salam Hormat,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke laman web Pusat Islam As-Syafie ini. Laman web ini diwujudkan sebagai medium untuk orang ramai khususnya warga Universiti Melaka untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Pusat Islam As-Syafie. Pihak kami berbesar hati dan berharap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung dan kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan dari anda.

Pusat Islam As-Syafie yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah KTIMB ini seiring dengan penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Universiti (JAHEIS). Perbincangan Pusat Islam As-Syafie bersama dengan JAKIM dan pengarah-pengarah Pusat Islam IPT telah berlangsung untuk membincangkan aktiviti-aktiviti keagamaan di peringkat IPT. Pusat Islam As-Syafie juga berperanan sebagai penyelaras segala aktiviti keagamaan, kerohanian serta pengisian-pengisian agama kepada mahasiswa dan mahasiswi serta seluruh kakitangan Universiti Melaka (UNIMEL).

Akhir kata, besar harapan saya selaku Ketua Pusat Islam As-Syafie agar pengunjung di laman web ini dapat menafaatkan segala maklumat yang terkandung di sini dan sekiranya terdapat maklumat yang ingin dikongsikan kepada kami amatlah digalakkan. Semoga dengan wujudnya laman web ini dapat meningkatkan lagi informasi tentang Islam dan mengembangkan ajaran agama yang suci ini ke seantero alam.

Sekian.

Ustaz Abd. Aziz bin Che Ibrahim
Ketua Pusat Islam As-Syafie
Universiti Melaka

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

0356236
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
MInggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
44
49
288
355206
1342
2195
356236

Hubungi Kami

 Pusat Islam As-Syafie 
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.

Email Rasmi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

+606-387 8977
+606-387 8411
Pusat Islam AsSyafie Unimel