Visi, Misi & Objektif

VISI

Bertekad merealisasikan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sebagai jaringan
strategik yang berterusan antara Alumni di semua peringkat dalam dan luar Negara.

 

MISI

Mewujudkan perhubungan yang erat antara KUIM dengan kesemua Alumni yang
boleh memberi faedah bersama dan berterusan demi kegemilangan KUIM.

 

 OBJEKTIF

  • Mempergiatkan dan memperkukuhkan jalinan hubungan dengan Alumni KUIM tempatan dan antarabangsa secara berterusan.
  • Menyalurkan maklumat berkaitan Alumni menerusi laman sesawang, media sosial, bahan penerbitan dan Buletin Alumni KUIM.
  • Menjana kewangan bersama Alumni untuk membantu membangunkan pelbagai prasarana yang boleh disalurkan menerusi Tabung Dana Alumni KUIM.
  • Meningkatkan kesedaran Alumni KUIM agar dapat membantu mempromosi KUIM di pelbagai sektor dalam dan luar Negara.
  • Mengemaskini maklumat graduan Alumni KUIM dari masa ke semasa dan juga sebagai entiti perhubungan (liason) dengan Persatuan Alumni KUIM (PAKU).
  • Last Modified: Khamis 31 Mac 2022.