Piagam Pelanggan

Bil

Piagam Pelanggan  
1

Unit Pentadbiran Am dan Latihan

 
  1.

Memastikan setiap staf mendapat latihan sekurang-kurangnya 3 kali setahun

 
  2.

Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam 3 hari bekerja

 
  3.

Permohonan kebenaran menghadiri kursus diproses dalam tempoh 7 hari bekerja

 
     
2 Unit Pengangkutan  
  1.

Memproses semua permohonan kenderaan dalam tempoh 1 minggu bagi destinasi dalam Melaka dan 2 minggu bagi destinasi luar Melaka dari tarikh permohonan  
  2.
Memastikan buku log perjalanan kenderaan diperiksa 1 kali setiap minggu  
  3.

Menyelesaikan semua masalah kerosakan kenderaan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh laporan  
  4. Memastikan kebajikan semua pemandu terjamin dan terjaga  
     
3 Unit Keselamatan  
  1. Menjaga dan mengawal semua pintu keluar dan masuk kampus  
  2. Menjaga, mengawal dan memelihara keselamatan nyawa / bangunan / harta benda  
  3. Menguatkuasakan peraturan-peraturan mengikut ketetapan KUIM  
  4. Menyedia, memproses dan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan KUIM  
     
4 Unit Teknologi Maklumat  
  1.
Memberikan maklumbalas kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh (2) hari bekerja
 
  2.

Menyelesaikan aduan yang diterima dalam tempoh (3) hari bekerja kecuali yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal  
     
5 Unit Perhubungan Pelanggan  
  1.

Mewujudkan jalinan komunikasi yang mesra dan telus antara semua warga KUIM dan masyarakat setiap masa  
  2.

Memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada semua tetamu dan pelawat pada bila-bila masa  
  3.

Menyebar dan menyampaikan maklumat secara tepat bagi semua aktiviti - aktiviti KUIM dalam tempoh 3 hari bekerja  
       
6 Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa  
  1.

Memastikan proses pendaftaran akademik setiap mahasiswa baru adalah dalam tempoh 10 minit  
  2. Mengemaskini rekod pelajar dalam tempoh 24jam selepas mendaftar  
  3. Menyelenggara fail peribadi pelajar secara berterusan setiap semester  
  4. Mengeluarkan surat keputusan tatatertib dalam tempoh 7 hari selepas perbicaraan selesai  
  5.

Mempamerkan jadual sebenar peperiksaan akhir selewat-lewatnya dua minggu sebelum minggu peperiksaan berlangsung  
  6.

Mempersiapkan Dewan Peperiksaan selewat-lewatnya dua minggu sebelum minggu peperiksaan berlangsung.  
  7. Penyediaan dokumen MQA 01 dan 02 dalam tempoh 1 bulan  
  8. Maklumbalas laporan dari panel MQA dalam tempoh 14 hari  
  9. Berusaha memastikan keputusan peperiksaan akhir semester 90% mendapat lulus penuh  
       
7 Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni  
  1. Memberi perkhidmatan dan layanan yang efisyen, cepat dan berkualiti sepanjang masa  
  2.

Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter dengan mesra, cekap dan berhemah kepada pelanggan  
  3. Responsif dan peka kepada keperluan dan kebajikan mahasiswa  
  4.

Menyediakan program-program kepada mahasiswa untuk peningkatan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa  
  5.

Mengurus dan membimbing persatuan mahasiswa agar aktiviti mahasiswa mencapai visi dan misi KUIM  
       
8 Bahagian Kewangan  
  1.

Unit Akaun

 
   
  • Menyediakan Bajet Mengurus Tahunan dan mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Agihan peruntukan tahunan akan dimaklumkan kepada setiap Unit/Jabatan sebelum atau pada minggu pertama setiap tahun.
 
   
  • Mengemukakan Penyata Kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Juruaudit dan membentangkan Penyata Kewangan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
 
  2 Unit Pinjaman dan Biasiswa  
   
  • Memberikan penerangan dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan berkaitan pinjaman/biasiswa.
 
   
  • Menguruskan permohonan dan bayaran pinjaman/biasiswa pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penaja.
 
  3

Unit Perolehan

 
   
  • Mengeluarkan Pesanan Unit/Jabatan untuk permohonan perolehan sama ada melalui Tender/ Sebutharga Rasmi/ Pembelian Terus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dan permohonan yang lengkap.
 
  4

Unit Hasil

 
   
  • Memberikan perkhidmatan kaunter yang terbaik, cekap serta kebolehmampuan memberi penerangan yang jelas, tepat dan mencukupi kepada pelanggan-pelanggan.
 
       
    Semua cadangan dan aduan rasmi yang diterima akan diambil maklumbalas dan tindakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh cadangan dan aduan diterima.  
     Statistik Perkhidmatan Atas Talian  

Pengenalan

 Pengenalan

          Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.

Sebagai usaha untuk penjenamaan semula, maka KUIM telah meletakkan niche-areanya dalam bidang psikologi di mana Ia merupakan kolej universiti Islam swasta yang pertama di Malaysia yang membangunkan pengajian yang memfokuskan bidang psikologi di peringkat ijazah sebagai intervensi mengurangkan permasalahan psikologi dikalangan individu dan komuniti di samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta. Selaras dengan itu, KUIM terus menggorak langkah sebagai “Gerbang Pengajian Psikologi Insan” yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas bagi mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif serta amat bertepatan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan tinggi bagi menangani cabaran semasa. Dalam usaha memastikan KUIM terus cemerlang seiring dengan Motto yang dibawa “Kualiti Teras Kejayaan” maka program-program yang ditawarkan merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, undang-undang syariah, kejururawatan, bioteknologi dan teknologi maklumat adalah berdaya saing dan kompetitif yang memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengantarabangsaan KUIM melalui jaringan akademik dalam dan luar negara boleh dibanggakan apabila KUIM kini memiliki pelajar antarabangsa dari Kemboja, Sri Lanka, Singapura dan Indonesia yang bertambah dari tahun ke tahun. Malah penghantaran pelajar-pelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon, Morocco dan lain-lain negara di Timur Tengah sangat menggalakkan. Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat membanggakan, KUIM bertekad dan terus komited untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa Islam, sains dan teknologi.

 

Perkhidmatan dan Kemudahan

 

CANSELORI KUIM

 



AUDITORIUM IBN KHALDUN

 


KOMPLEKS ICT AL-BIRUNI

 


STADIUM KUIM

 


MASJID AL-ILMI 

 


RUMSIS

 


PERPUSTAKAAN AL-GHAZALI

 


KEMUDAHAN KENDERAAN

 


KAFE, KIOKS DAN KEDAI SEBERNEKA



Lagu Rasmi

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Kolej Universiti Islam Melaka bersejarah
Menjulang cita-cita negara, agama dan juga bangsa
Kolej Universiti Islam menuju wawasan
Penjana ilmu pengetahuan kini dan masa hadapan

Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicecah
Gunung juga sama didaki
Lurah sama dituruni

Kolej Universiti Islam menuju wawasan
Penjana ilmu pengetahuan kini dan masa hadapan

Ilmu dunia kami tuntuti
Akhirat tidak dilupai
Semoga Allah akan berkati
Niat kami yang suci

Kolej Universiti Islam menuju wawasan
Penjana ilmu pengetahuan kini dan masa hadapan


Lirik & Komposer : Allahyarham Tuan Haji Zubir bin Haji Bakar (Bekas Pensyarah KUIM)

10898973
Hari ini
Bulan ini
Keseluruhan
25
2402
10898973
         
  • Last Modified: Rabu 17 Februari 2021.

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :