PENGARUH MEDIA SOSIAL KE ATAS PRESTASI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA : MALAYSIA & JEPUN

Siti Mahera Ahmat Amin

Abstract


Dengan kewujudan pemasaran media sosial yang sedang pesat pada masa kini telah memberikan impak yang positif pada perusahaan kecil dan sederhana ini. Kaedah pemasaran ini telah menjadi pilihan bagi perniagaan kecil-kecilan di mana ia dapat membantu mereka meningkatkan prestasi perniagaan dan meluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka. Apabila pemasaran media sosial diaplikasikan oleh mana-mana perniagaan pastinya sukar untuk dijatuhkan. Namun demikian perusahaan kecil dan sederhana di Jepun mengalami kesukaran dalam kaedah pemasaran sebegini di dalam operasi perniagaan mereka. Kajian penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menganalisis pemerkasaan kaedah media sosial bagi peningkatan prestasi perniagaan. Kajian secara kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini dengan bantuan soalan kaji selidik yang dibangunkan oleh penulis. Penulis mencadangkan supaya pihak pengurusan perusahaan kecil dan sederhana mengkaji semula kaedah pemasaran media sosial dengan lebih terperinci tidak kira sama ada di Malaysia atau di Jepun sekali pun dan mula menyediakan garis panduan atau manual bagi pekerja mereka dalam menggunakan kaedah pemasaran sebegini. 

To approve a single suggestion, mouse over it and click "?"Click the bubble to approve all of its suggestions.To approve a single suggestion, mouse over it and click "?"Click the bubble to approve all of its suggestions.To approve a single suggestion, mouse over it and click "?"Click the bubble to approve all of its suggestions.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.