MODEL PENARAFAN HOTEL DAN CHALET PATUH SYARIAH: SATU KAJIAN KONSEPSUAL DI NEGERI MELAKA

Muhammad Iqbal Zahin Ismail, Mohd Azam Hj Yahya

Abstract


Industri pelancongan adalah salah satu industri penting yang menjadi sumber penting oleh kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sebahagian daripada negeri-negeri di Malaysia sememangnya menjadikan pelancongan sebagai di antara sumber utama ekonomi negeri seperti yang dilaksanakan di negeri Melaka. Model ekonomi baru yang telah diperkenalkan oleh kerajaan telah menyenaraikan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk merancakkan pertumbuhan dan menjana hasil pendapatan negara. Salah satu produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan ialah hotel patuh shariah (shariah-compliant hotels). Ianya merupakan konsep pengurusan perhotelan yang semakin mendapat tempat di negara-negara Timur Tengah seperti di UAE dan juga Arab Saudi. Selain itu juga, kesedaran masyarakat tentang produk patuh syariah juga sangat memberansangkan serta keyakinan masyarakat terhadap produk patuh syariah semakin meningkat hasil kempen dan penerangan berterusan badan-badan agama di Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan tentang kriteria yang perlu ada untuk penarafan hotel patuh syariah di negeri Melaka. Melihat kepada pertambahan bilangan pelancong setiap tahun yang menngunakan perkhidmatan sewaan hotel dan chalet di negeri Melaka, maka penarafan hotel patuh syariah perlu diperkenalkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan perkhidmatan sewaan hotel atau chalet tanpa ada keraguan serta selamat dari sudut syarak. Dengan penarafan ini juga sudah pasti akan merancakkan lagi industri pelancongan dengan penambahan bilangan pelancong di negeri Melaka khususnya yang menggunakan perkhidmatan sewaan hotel dan chalet patuh syariah.

.


Keywords


Industri Pelancongan, Patuh Syariah

Full Text:

PDF

References


Al-Quran Al-Karim

Abdul Jalil. 1988. Pemasaran Pelancongan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Munit, Ahmad Syagir & Harjeet. 1988. Selangor Sebagai Destinasi Pelancongan. Selangor:Unit Perancangan Dan Pembangunan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan, Negeri Selangor.

Siti Asiah Binti Said. 2011. Impak Industri Pelancongan Kepada Ekonomi Malaysia. Tesis Dr. Falsafah Fakulti Ekonomi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Fadil Mohd Yusuf. 2011. Hotel Patuh Syariah Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan Di Malaysia. Prosiding Perkem VI 2011.

Muhammad Shahrim. 2007. Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan. Kuala Lumpur. PTS Profesional.

Nor ‘Azzah Kamri, Suhaili sarif, Nor Aini Ali, Che Musa Che Omar & Sumaiyah Bahri. 2015. Konsep hotel patuh syariah: analisis literatur. Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-Isu 2015, hlm. 23-43.

Nor Azizah Tukiran & Nor ‘Azzah Kamri. 2015. Pengurusan hotel patuh syariah berasaskan MS 1900: Kerangka konseptual. Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-Isu 2015, hlm. 105-124.

Nor Haida, Redzuan Othaman & Mohd Safar. 2012. Pelancongan Asia Barat Permintaan Dan Impak: Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosmawati Mohamad Rasit. Salasiah Hanin Hamjah, Siti Rugayah Tibek, Muhamad Faisal

Ashaari, Muhammad Adib Samsudin, Zulkefli Aini & Ahmad Irdha Mokhtar. 2014.

Industri Pelancongan Islam Dan Pembangunan Etnik Di Malaysia. Seminar Antarabangsa

Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif Multi-Disiplin 2014. Hlm. 5

Salasiah Hanin & Razaleigh . 2003. Pembudayaan Nilai-Nilai Islam Dalam Pelancongan. Prosiding Seminar Kebangsaan Islam Dan Pelancongan . Bangi.

Wan Sahida, Suhaimi Ab Rahman & Khairil Awang. 2011.The Implementation Of Syariah

Complince Concept Hotel: De Palma Hotel Ampang. International Conference On

Humanities, Historical And Social Science. IPEDR. Vol 17(2011)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.