MENGENALI TEROMBA PERKAHWINAN DALAM WARISAN PERADABAN MELAYU

Mohd Rosli Saludin, Mohd Nasir Saludin, Fazurah Mustaffa

Abstract


Kajian ini adalah mengenai mengenali teromba perkahwinan dalam warisan peradaban Melayu. Objektif kajian ini ialah menjelaskan kepelbagaian puisi yang terdapat dalam teromba perkahwinan Negeri Sembilan, merungkai peranan teromba perkahwinan dalam kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan khususnya dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih dan membongkar nilai yang terdapat di dalamnya. Teksdealisme ialah teori yang digunakan yang mengandungi prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan invidualisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teromba ini sangat penting dalam peradaban kerana peradaban ini banyak mengajar dan membentuk nilai, adab, budi dan sopan dalam masyarakat tersebut. Tegasnya teromba dalam adat perkahwinan tersebut menjadikan ia adalah suatu warisan peradaban Melayu yang hebat dan tiada diamalkan dalam masyarakat lain di dunia ini. Kajian ini penting kepada orang Melayu dan juga yang mengamalkan Adat Perpatih supaya ia tidak tenggelam di telan zaman dan sebaiknya diperkasakan lagi.

Keywords


Kata Kunci: Teromba Perkahwinan, Peradaban Melayu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.