POTENSI PELANCONGAN DI TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

Farrah Wahida Mustafar, Abd Aziz A’zmi, Norizan Mohd Noh, Nurliana Suhaini, Aimi Khairunnisa Abdul Karim

Abstract


Industri pelancongan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada sesebuah lokasi dan komuniti. Dengan demikian, sangatlah penting bagi sesebuah kawasan mengetahui apakah potensi pelancongan yang boleh diwujudkan dan dijadikan sebagai produk pelancongan. Artikel ini membincangkan tentang potensi pelancongan di Tampin, Negeri Sembilan. Kajian ini merupakan penerokaan lokasi pelancongan yang terdapat di Tampin berdasarkan maklumat dari Majlis Daerah Tampin. Tampin merupakan salah sebuah daerah di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dikenali sebagai negeri beradat dan sejarah asal-usul keturunan Minangkabau yang datang dari negara seberang, Sumatera, Indonesia. Tampin mempunyai beberapa kawasan yang boleh dikomersialkan hasil tinggalan sejarah warisan budaya selain daripada faktor semula jadi dan ciri istimewa yang telah diwujudkan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti potensi pelancongan di Tampin, Negeri Sembilan. Pengumpulan maklumat bagi kajian ini adalah secara memaparkan senario di kawasan-kawasan produk pelancongan bagi mengenal pasti potensi sebagai usaha untuk memperkasakan lagi daerah Tampin dalam sektor pelancongan. Artikel ini adalah artikel konsep menggunakan kaedah pengumpulan penulisan sekunder sahaja justeru tiada pengumpulan data. Melalui kajian ini, terdapat tiga jenis ciri tarikan yang terdapat di Tampin iaitu semula jadi, kebudayaan dan tarikan istimewa. Kesemua lokasi ini mempunyai dimensi yang berbeza namun perlu diperkasakan agar membolehkan kawasan ini boleh memberikan kenangan dan memori yang unik dan berharga kepada pengunjung. 


Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Abdul Razzaq, Mohamad Zaid Mustafa & Syed Sheikh Syed A. Kader. (2014). Pembangunan keupayaan komuniti menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning approach): pengalaman di Miso Walai Homestay Kinabatangan Sabah. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional kali ke-4 (CiE-TVET 2014), Johor, 25-26 Ogos, 1196-1206. Diperoleh dari, http://eprints.uthm.edu.my/6758/1/ Pembangunan_Keupayaan_Komuniti_Menerusi_Pendekatan.pdf, dicapai pada, 2 Ogos 2019.

Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia. (2015). Jom Kenali ASEAN. Diperoleh dari, https://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/jom_kenali_asean/files/assets/common/downloads/publication.pdf, 31 Oktober 2019.

Basri Rashid. (2013). Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian. Malaysian Journal of Society and Space, 9(4), 118-127.

Dani Salleh. (2008). Sungai sebagai alternatif produk pelancongan di Negeri Kedah, dlm. Mohamad Sukeri Khalid, Rohana Yusof, Mohamad Mustafa Ishak, Abdul Rahman Aziz, Mohd. Fo’ad Sakdan & Shafee Saad, Kedah 100 tahun 1900-2000: isu-isu politik dan sosio-ekonomi. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Edward Inskeep. (1996). Perancangan Pelancongan: Pendekatan Pembangunan Bersepadu dan Berkekalan. Terj. Che Elainee Che Hassan & Norlida Abd. Halim, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Er, A.C. (2013). Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: perspektif pelancong. Malaysian Journal of Society and Space, 9(3), 12-23.

Habibah, A. (1994). Industri pelancongan di ASEAN: satu cabaran. Akademika, 44(1), 15-44.

Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mushrifah Idris, Amriah Buang, Nur Amirah Kamarus Zaman, Sri Winarni & Ahmad Nazrin Aris Anuar. (2013). Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang. Malaysia Journal of Society and Space, 9(3), 80-94.

Jabil Mapjabil, Siti Nurain Marzuki, Badariah Ab Rahman, Rosmiza MZ, Mazdi Marzuki, Harifah Mohd Noor. (2016). Kualiti perkhidmatan dan kemudahan di Taman Tema i-City, Shah Alam. Malaysia Journal of Society and Space, 12(14), 89-96.

Johan Afendi Ibrahim, Norhanim Abdul Razak & Mohamad Zaki Ahmad. (2015). Tasik Pedu tinggal kenangan. Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi Sosioekonomi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Kali ke-2, Universiti Utara Malaysia, 119-131.

Johan Afendi Ibrahim & Shahrul Zaman Yahya. (2015). Potensi Bagan Datoh sebagai destinasi pelancongan negeri Perak: satu kajian awalan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-5, Universiti Perguruan Sultan Idris, 376-391.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Rumusan Seminar Batu Megalith 2017. Diperoleh dari, http://lmns.ns.gov.my/images/PDF/ Seminar_Batu_Megalith/Sesi_Petang/RUMUSAN-SEMINAR-BATU-MEGALITH-NEGERI-SEMBILAN-DAN-RESOLUSI.pdf, dicapai pada 5 November 2019.

Mohamad Zaki Ahmad, Johan Afendi Ibrahim & Norria Razak. (2016). Inap desa dan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar: Kuala Kedah sebagai destinasi baharu pelancongan. Prosiding Seminar Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup: Isu dan Penyelesaian, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, 1-12.

Mohd Rosli Saludin. (2015). Kepelbagaian dan keunikan adat Negeri Sembilan memperkuat bangsa. Jurnal Peradaban Melayu, 10, 1-15.

Mohd Samsudin & Sulong Mohamad. (2013). Pengaruh warisan sejarah dalam industri pelancongan Langkasi. International Journal of the Malay World and Civilisation, 1(1), 99-109.

Norasmah Bte Kamani, Norshafarin Bt Jamaludin & Chan Chee Chyn. (1995). Sejarah Gemas. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan (WARISAN 19), 86-104.

Nor Hizami Hassin. (2019). Ekopelancongan dan impak kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar. Diperoleh dari, https://www.majalahsains.com/ekopelancongan-dan-impak- kepada-ekonomi-sosial-dan-alam-sekitar/. Dicapai pada 3 Ogos 2019.

Portal Rasmi Majlis Daerah Tampin. (2019). Diperoleh dari http://www.mdtampin. gov.my/ms/perniagaan/pembangunan-ekonomi/premis-perniagaanhttp://www.ns.gov.my/flipbook/quick_reference/files/quickreferences-data%20penting%20n.%20sembilan.pdf, dicapai pada 2 Ogos 2019.

Remali Yusoff & Nor’ Azurah Md Kamdari. (2017). Faktor tarikan pelancongan pantai: kajian kes di Pantai Irama Bachok, Kelantan. Proceedings of International Conference on Economics (ICE 2017), 480-492.

Rosiswandy Mohd Salleh. (2017). Sejarah pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Seminar Jabatan Muzium Malaysia, 25 Mei, 1-66. Diperoleh dari, http://www.jmm.gov.my/files/Sejarah %20Pengamalan%20Adat%20Perpatih%20Di%20Negeri%20Sembilan.pdf, dicapai pada 10 September 2019.

Rosniza Aznie CR., Usman Y., Suriati G., Abdul Rahim MN., Rosmiza MZ., Novel L. & Mohd Fuaz MJ. (2012). Pantai peranginan Besut, Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong. Malaysian Journal of Society and Space, 8(4), 64-74.

Rosniza Aznie CR, Mohd Azlan Abdullah, Rozalini R, Rosmiza MZ, Abdul Rahim MN, Mohd Fuad MJ & Novel L. (2012). Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Malaysia Journal of Society and Space, 8(7), 125-134.

Siti Salina Masdey & Zuliskandar Ramli. (2018). Potensi pembangunan pelancongan berasaskan warisan di Bandar Hilir, Melaka: analisis SWOT. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2(1), 253-265.

Siti Salina Masdey, Zuliskandar Ramli, Nuratikah Abu Bakar & Shamsuddin Ahmad. (2019). Megalithic Site in Negeri Sembilan. International Journal of Mechanical Engineering and Technology (IJMET), 10(01), 1159-1170.

Tuty Haryanti Ahmad Rodzi. (2016). Dodol dalam tampin kekal aroma. Berita Harian 24 Jun. Diperoleh dari, https://www.bharian.com.my/node/167642, dicapai pada 2 Ogos 2019.

Yusof Ismail. (2010). Program homestay dan kesannya ke atas pembangunan komuniti desa di Negeri Selangor, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Zuliskandar Ramli, Mazlin Mokhtar, Muhammad Rizal Razman & Sharifah Zarina Syed Zakaria. (2015). Pelancongan berasaskan warisan di Malaysia: potensi dan cabaran. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke8: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran, Langkawi, Kedah, 21-22 September, 471-485.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.