Koleksi Perpustakaan

1. Koleksi Rak Terbuka

Koleksi Rak Terbuka

  • Memiliki koleksi berjumlah melebihi 18,000 buah bahan bacaan dan terdiri daripada pelbagai bidang akademik.
  • Koleksi Rak Terbuka ini terletak di Aras Dua bangunan perpustakaan, berlabel hijau dan boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan.
  • Para pengguna perpustakaan boleh klik DI SINI untuk membuat carian bahan bacaan Perpustakaan Al-Ghazali secara atas talian.
  • Jika ingin membuat carian bahan bacaan di perpustakaan lain, para pengguna perpustakaan boleh klik DI SINI.

 

 

2. Koleksi Rujukan

Koleksi Rujukan

  • Koleksi Rujukan ini terletak di Aras Satu bangunan perpustakaan.
  • Koleksi ini terdiri daripada tesis, kamus, kitab, dan ensiklopedia.
  • Koleksi ini berlabel merah dan boleh dirujuk oleh pengguna perpustakaan, namun koleksi ini tidak boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan.

 

 

 

3. Koleksi Terbitan Bersiri

Koleksi Terbitan Bersiri

  • Koleksi ini terdiri daripada bahan bacaan terbitan bersiri iaitu jurnal bercetak dan majalah.
  • Koleksi majalah terletak di Aras Bawah, manakala koleksi jurnal bercetak boleh didapati di Aras Satu bangunan perpustakaan.
  • Koleksi ini boleh dirujuk oleh pengguna perpustakaan, namun koleksi ini tidak boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan.

 

 

 

4. Koleksi Digital

Koleksi Digital

  • Koleksi ini berbentuk digital iaitu cakera padat dan koleksi soalan peperiksaan digital.
  • Koleksi cakera padat disimpan di dalam rak cakera padat di Bilik Komputer perpustakaan, manakala koleksi soalan peperiksaan digital boleh diakses melalui peranti komputer di Bilik Komputer perpustakaan.
  • Koleksi ini hanya boleh dirujuk dan diakses oleh pelajar dan pensyarah KUIM.

 

 

 

5. Pangkalan Data Atas Talian

Pangkalan Data Atas Talian

  • Perpustakaan Al-Ghazali menyediakan kemudahan akses kepada jurnal terbuka atas talian (Open Access Journal).
  • Para pelajar dan pensyarah KUIM boleh mengakses jurnal terbuka atas talian untuk membuat carian dan memuat turun artikel jurnal.
  • Antara jurnal terbuka atas talian yang boleh diakses adalah seperti berikut :
  • Last Modified: Rabu 27 Mac 2024.

Hubungi Kami

  Kolej Universiti Islam Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :