PENGENALAN

Pengenalan Pejabat Bendahari

Pejabat Bendahari ditubuhkan selari dengan penubuhan KUIM pada tahun 1994 dan selaras dengan keperluannya bagi mengendalikan urusan-urusan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. Pejabat Bendahari merupakan pusat tanggungjawab yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam dan luar Kolej.

 

Objektif

Pejabat Bendahari merupakan salah satu bahagian utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber kewangan, pinjaman dan perolehan Kolej Universiti Islam Melaka untuk mencapai objektif-objektif berikut:

 

1. Unit Akaun

Menyediakan Bajet Mengurus Tahunan dan mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Agihan peruntukan tahunan akan dimaklumkan kepada setiap Unit/Jabatan sebelum atau pada minggu pertama setiap tahun.

* Mengemukakan Penyata Kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Juruaudit dan membentangkan Penyata Kewangan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

 

2. Unit Pinjaman dan Biasiswa

* Memberikan penerangan dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan berkaitan pinjaman/biasiswa.

* Menguruskan permohonan dan bayaran pinjaman/biasiswa pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penaja.

 

3. Unit Perolehan

* Mengeluarkan Pesanan Unit/Jabatan untuk permohonan perolehan sama ada melalui Tender/ Sebutharga Rasmi/ Pembelian Terus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dan permohonan yang lengkap.

 

4. Unit Hasil

* Memberikan perkhidmatan kaunter yang terbaik, cekap serta kebolehmampuan memberi penerangan yang jelas, tepat dan mencukupi kepada pelanggan-pelanggan.

 

Semua cadangan dan aduan rasmi yang diterima akan diambil maklumbalas dan tindakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh cadangan dan aduan diterima bagi memastikan Pejabat Bendahari dapat melaksanakan okjektif ini dengan cekap dan berkesan, kami memohon agar semua pelanggan :

 

- Memahami segala hak pelanggan dalam objektif ini

- Mematuhi segala undang-undang, arahan, peraturan dan garis panduan yang berkaitan

- Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab

Hubungi Kami

 PEJABAT BENDAHARI 
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/pejabatbendahari
Email Rasmi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3876454/8443
+606-3878440
 

Waktu Urusan Kaunter

 ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.45 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang

JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.30 petang

SABTU & AHAD : TUTUP