BAHAGIAN AKAUN PELAJAR

1. SEMAK BAKI YURAN

 

2. KAEDAH PEMBAYARAN

     a) PEMBAYARAN DI KAUNTER HASIL

  • Segala jenis urusan pembayaran boleh dilakukan di Kaunter 5, Pejabat Bendahari UNIMEL

  • Pelajar yang ingin membuat semakan atau bayaran yuran pengajian, hendaklah mempamerkan kad matrik atau kad pengenalan pelajar bagi memudahkan semakan dilakukan oleh pihak Kaunter.

  • Bagi pihak penyewa atau pihak lain yang ingin berurusan, perlulah menyerahkan salinan surat pengesahan permohonan bagi tujuan semakan 

 

     b) PEMBAYARAN SECARA DALAM TALIAN 

Sekiranya bayaran dilakukan menggunakan transaksi selain tunai, sila rujuk maklumat pembayaran bagi keterangan lanjut.




 

 Nota: Pastikan resit rasmi bayaran diterima selepas pembayaran dilakukan.

 

 

3. TINDAKAN KE ATAS PELAJAR YANG MEMPUNYAI TUNGGAKAN

 

             TINDAKAN YANG DIKENAKAN JIKA MEMPUNYAI TUNGGAKAN : 

    • Ditahan daripada membuat pendaftaran kursus semester.
    • Ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir semester.
    • Ditahan keputusan peperiksaan akhir semester.
    • Tindakan undang-undang (bergantung kepada keputusan pihak pengurusan Universiti.

 

 

4. URUSAN PENGESAHAN PELAJAR

(Pelepasan Daftar Kursus dan Hall Ticket, Pengesahan Borang Berhenti (Berhenti atau Tamat Pengajian)

  • Pelajar yang ingin membuat pengesahan seperti pelepasan daftar kursus dan hall ticket,pelajar boleh berurusan di kaunter 4, Pejabat Bendahari manakala bagi pengesahan borang berhenti (berhenti atau tamat pengajian), boleh berurusan di Kaunter 6, Pejabat Bendahari UNIMEL.
  • Bagi pelajar yang tamat pengajian (konvo) atau tarik diri:

    - Dapatkan borang berhenti di kaunter Bahagian Hal Ehwal Akademik dan lengkapkan cop serta tandatangan dari setiap bahagian mengikut turutan abjad.

    - Bagi ruangan bahagian kewangan, hendaklah disahkan oleh pegawai di kaunter.

    - Setelah selesai dan lengkap cop serta tandatangan, pelajar perlu memulangkan semula borang tersebut bersama dokumen seperti tertera di bawah :

         a)  Borang berhenti pelajar- salinan berwarna biru (pastikan semua bahagian telah dibuat pengesahan).       
         b)  Resit asal cagaran- semester 1 sahaja (pastikan di atas resit tertera cagaran asrama dan cagaran perpustakaan atau cagaran pelajar).
         c)  Jika resit tiada dalam simpanan pelajar, pelajar boleh mencetak semula resit berkenaan dari portal pelajar.
         d)  Salinan nombor akaun pelajar yang masih aktif.

 

  • Bagi permohonan transkrip sementara atau surat akuan tamat pengajian

    - Pelajar perlu mengisi borang yang boleh didapati dari laman web Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.

    - Selepas diisi, pelajar perlu membuat bayaran berjumlah RM 5.00 (LIMA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA) untuk satu permohonan bagi yuran proses transkrip atau surat tersebut.

    - Setelah bayaran dilakukan, pelajar perlu melampirkan resit bayaran bersama borang permohonan di kaunter 6, Pejabat Bendahari UNIMEL untuk pengesahan berkaitan yuran.

    - Transkrip tersebut boleh didapati secara ambil sendiri atau email atau pos mengikut alamat yang diberi dalam masa 3 hari bekerja.

 

  • Bagi lain-lain hal yang berkaitan yuran pengajian, pelajar boleh berurusan terus dengan pegawai di kaunter ini sebelum ke prosedur seterusnya. 

 

5. HUBUNGI KAMI

             BAHAGIAN AKAUN PELAJAR, PEJABAT BENDAHARI UNIMEL : 06-387 8443 / 6454 

 

 

PAUTAN PANTAS PORTAL PELAJAR (KLIK PADA ICON DI BAWAH)

 

Hubungi Kami

 PEJABAT BENDAHARI 
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/pejabatbendahari
Email Rasmi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3876454/8443
+606-3878440
 

Waktu Urusan Kaunter

 ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.45 tengahari
2.15 petang - 4.30 petang

JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.30 petang

SABTU & AHAD : TUTUP