Pengenalan

PENGENALAN

Selaras dengan perkembangan UNIMEL yang telah dinaik taraf sebagai sebuah Universiti pada tahun 2022, Bahagian Perjawatan UNIMEL telah dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia UNIMEL yang terdiri daripada empat (3) Bahagian seperti berikut :

Bahagian Sumber Manusia, Gaji dan Ganjaran
Bahagian Dasar dan Dokumentasi
Bahagian Pembangunan Bakat

FUNGSI UMUM

Memastikan segala data dan maklumat staf UNIMEL seperti butir peribadai, penggajian, rekod kehadiran dan cuti dapat direkodkan dengan baik mengikut dasar dan peraturan oleh UNIMEL

FUNGSI KHUSUS

PERJAWATAN

Bertanggungjawab menguruskan segala maklumat perkhidmatan staf mulai daripada tarikh pelantikan staf di UNIMELsehingga tamat perkhidmatan staf tersebut di UNIMEL

PENILAIAN PRESTASI 

Bertanggungjawab menguruskan segala aspek berhubung penilaian prestasi merangkumi penilaian prestasi tahunan, penilaian prestasi bagi tujuan kenaikan pangkat, penilaian prestasi bagi tujuan pembaharuan kontrak dan yang berkaitan

GAJI

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan emolumen seperti pergerakan gaji, bonus ,potongan-potongan wajib, elaun dan imbuhan staf UNIMEL

KEHADIRAN & CUTI STAF

Bertanggungjawab menguruskan dan merekod segala maklumat cuti staf seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod, cuti umrah, cuti haji, cuti bencana dan lain-lain cuti seperti yang diwartakan oleh pihak UNIMEL

PERMIT MENGAJAR

Bertanggungjawab menguruskan segala urusan permit mengajar staf akademik UNIMEL

TATATERTIB

Bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan tatatertib staf mengikut kepada peraturan – peraturan, tatatertib dan surcaj yang telah diwartakan oleh pihak UNIMEL

DATA & REKOD

Bertanggungjawab menguruskan dan merekod data maklumat staf seperti kelulusan staf, tarikh pelantikan staf, butir peribadi staf, tempoh kontrak staf dan lain-lain maklumat yang berkaitan

 

Pengenalan Bahagian Gaji dan Ganjaran

Bahagian Gaji dan Ganjaran ditubuhkan bagi memberikan khidmat sokongan dari segi pengiraan gaji dan ganjaran staf kepada Pihak Pengurusan  Universiti Melaka (UNIMEL) dan Pejabat Bendahari.

Bahagian Gaji dan Ganjaran di bawah Pejabat Pendaftar UNIMEL dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pendaftar dan Pejabat Bendahari secara keseluruhan. Unit ini diketuai oleh Penolong Pendaftar dan disokong oleh Pembantu Tadbir.

 

Fungsi Unit

  1. Menguruskan bayaran emolumen staf tetap dan kontrak.
  2. Menguruskan bayaran pelbagai tuntutan staf berkaitan gaji.
  3. Menguruskan potongan KWSP, PERKESO, LHDN, ZAKAT, PTPTN, pinjaman, TABUNG HAJI dan lain-lain.
  4. Membantu staf  dalam urusan bayaran gaji dan  potongan gaji.
  5. Menguruskan slip gaji bulanan staf.
  6. Menguruskan bayaran ganjaran staf kontrak dan tetap (gratuiti).
  7. Menguruskan bayaran gaji Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan elaun Pembantu Penyelidik (RA)
  8. Menguruskan penyata pendapatan cukai (EA FORM).
  9. Menguruskan bayaran pelarasan emolumen staf.
  10. Menyediakan jurnal pelarasan berkaitan emolumen dan potongan gaji.

Lain-lain

  1. Menguruskan bayaran elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Melaka (UNIMEL).
  2. Menguruskan bayaran Tenaga Pengajar Sambilan (TPS).

Moto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@unimel.edu.my
+606-3878382
+606-3878411