INFO

Pusat Asasi dan Pengajian Umum (PAPU) ditubuhkan pada November 2018 bagi menyelaraskan pelaksanaan program Asasi, kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) serta kursus Bahasa dan Wajib Universiti di bawah satu pusat. PAPU mempunyai tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Pengajian Asasi, Jabatan MPU serta Jabatan Bahasa dan Wajib Universiti (B&WAU). 

Fungsi ketiga-tiga jabatan tersebut secara umumnya adalah :

Jabatan Pengajian Asasi
Bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program pengajian Asasi.  

Jabatan Mata Pelajaran Pengajian Umum
Bertangungjawab mengendali dan menguruskan kursus-kursus MPU yang terdiri daripada empat (4) kelompok iaitu U1, U2, U3 dan U4. Jabatan ini juga bertanggungjawab terhadap pematuhan yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari semasa ke semasa.   

Jabatan Bahasa dan Wajib Universiti
Bertanggungjawab mengendali dan menguruskan kursus-kursus bahasa dan kursus Wajib Universiti yang terdiri daripada Komponen Agama, Komponen Bahasa dan Komponen Psikologi. 

Pada tahun 2020, Mantan Naib Canselor KUIM (kini UNIMEL) iaitu Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj Dora mencadangkan agar peranan PAPU diperkasakan lagi. Penstrukturan semula PAPU dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 dengan kemasukan pensyarah-pensyarah bahasa dan MPU yang sebelum ini berada di fakulti-fakulti yang berlainan. PAPU juga diberi autoriti sepenuhnya menentukan dasar dan pelaksanaan kursus-kursus di bawah bidang kuasanya. 

Waktu Berurusan

Isnin - Khamis                                   
8.00 pagi - 1.00 petang                           
2.00 petang - 5.00 petang     

Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang      

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Muat Turun Borang

  • Borang Kepuasan Pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Asasi dan Pengajian Umum 
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
papu.unimel.edu.my
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/papu
+606-3878251