Info UPKAD

INFO TENTANG UNIT :

 

MAKLUMAT ASAS UNIT :

  1. Menyediakan kemudahan mendapatkan khidmat nasihat, kepakaran dan kemahiran kepada setiap fakulti, akademi dan unit-unit berhubung dengan kualiti perkhidmatan pendidikan.
  2. Membantu setiap fakulti dan akademi dalam mendapatkan pensijilan akreditasi dari pihak MQA bagi setiap program pengajian yang ditawarkan.
  3. Menjadi jambatan penghubung antara KUIM dengan agensi-agensi pensijilan kualiti dan akreditasi.
  4. Menyelaras dan memantau kerja-kerja yang berkaitan dengan penyediaan dokumen bagi tujuan pensijilan dan pengauditan kualiti dan akreditasi program.
  5. Menyediakan bank data bagi semua maklumat berkaitan kualiti dan akreditasi.

 

PENGENALAN UNIT :

Mula ditubuhkan pada tahun 2015 yang pada asalnya dikenali Unit Kualiti dan Akreditasi di bawah naungan Naib Canselor. Unit ini memantau pengekalan pensijilan ISO dan Akreditasi bagi program-program akademik di KUIM.

 

SENARAI ANGGOTA UNIT :

Unit ini terdiri daripada 3 orang anggota iaitu: 

  1. Ketua Unit : Pn. Rusyda binti Yahya,
  2. Penolong Pendaftar : En. Wan Mohd Aminuddin bin Wan Rahim
  3. Pembantu Tadbir : 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB :

  1. Menyelaras aktiviti peningkatan kualiti universiti.
  2. Membantu semua PTj dalam keperluan dan pengiktirafan kualiti.
  3. Menjadi urus setia pensijilan pengiktirafan kualiti PTj.
  4. Menyelaras audit dalaman tadbir urus universiti secara keseluruhan.
  5. Membangunkan kaedah jaminan kualiti akreditasi program akademik.
  6. Menyemak dan menilai dokumen akreditasi.
  7. Membantu semua fakulti dalam pengurusan dan pemantauan akreditasi program.
  8. Mengkomunikasikan maklumat berkaitan akreditasi program kepada semua fakulti.
  9. Menyelaras dan mendokumen perancangan strategi dan KPI universiti.

 

  • Last Modified: Rabu 28 September 2022.

Hubungi Kami

  

Unit Pengurusan Kualiti & Audit Dalam (UPKAD), 
    Universiti Melaka,
    Batu 28, Kuala Sungai Baru,
 
    78200 MelakaMalaysia.

       email : upkad@unimel.edu.my
     +606-3878269
     +606-3878270

Waktu Urusan Pejabat

 

                Isnin - Khamis                                   
              8.00 am - 1.00 pm                           
              2.00 pm - 5.00 pm     

                       Jumaat
              8.00 am - 12.15 pm
              2.45 pm - 5.00 pm