Maklumat Cuti

Cuti Kuarantin

Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.

SENARAI PENYAKIT

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria

Tempoh yang diluluskan adalah maksimum lima (5) hari.

Syarat anak dikuarantin:

Bawah 18 tahun; dan bawah 21 tahun jika masih belajar.
(Rujuk Pekeliling Bil.1 tahun 2018)

Cuti Sakit

Sijil  akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perubatan dan juga Panel Doktor yang diluluskan oleh Kolej Universiti Islam Melaka

  1. Sijil Cuti sakit didapati dari Klinik Swata ( panel KUIM ) dan Kerajaan
    • Tidak melebihi 15 hari

  2. Sijil Cuti sakit sebagai pesakit dalam ( iaitu penyakit kronik atau di tahan wad)
    • Tidak melebihi 90 hari pertama
    • 90 hari kedua

Cuti Kecemasan

Ketua-ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir bekerja.   Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am itu hendaklah mengemukakan satu perakuan sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak dapat hadir bertugas.

Cuti Tanpa Rekod

CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT

  • Diberi selama tiga (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am
  • Ahli keluarga terdekat merupakan suami, isteri, anak-anak (kandung, tiri dan angkat yang sah disisi undang-undang), ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa angkat
  • Cuti ini bermula pada tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku selepas waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

CUTI  ISTERI  BERSALIN

Diberikan kepada Pegawai lelaki kerana isteri bersalin dan tidak melebihi 5 kali sahaja dalam sepanjang perkhidmatan .

  • Tempoh cuti yang diberikan selama 7 hari dari tarikh isteri bersalin
  • Salinan perakuan bersalin hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan

CUTI  GANTIAN

Cuti yang diberikan apabila seseorang pegawai itu menghadiri sesuatu kursus, seminar atau sesuatu pertandingan serta mengambil bahagian dalam sukan.

CUTI  HAJI

Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya. Cuti Haji ini hanya tertakluk kepada Pegawai yang berjawatan TETAP sahaja.

CUTI UMRAH

  • Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai yang berstatus TETAP sahaja
  • Tempoh cuti umrah adalah tertakluk kepada (7) tujuh hari sahaja tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan kelepasan am
  • Cuti Umrah diberikan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan
  • Permohonan cuti umrah yang dikemukan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan

Rujuk Pekeliling Bil.2 tahun 2016 & Pekeliling Bil.4 tahun 2018

Moto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@unimel.edu.my
+606-3878382
+606-3878411