Maklumat Fakulti

Latar Belakang 

Fakulti Sains Sosial (FSS) ditubuhkan pada 1 April 2011. Dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sastera dan Sains Sosial. FSS menawarkan program di peringkat Diploma hingga ke peringkat PhD. Sejak penubuhannya, FSS telah mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam bidang Psikologi, Kaunseling, Komunikasi Massa dan bidang Sejarah.

 

Objektif

  1. Menyediakan program-program yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam bidang sains sosial mengikut keperluan industri semasa bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara
  2. Mewujudkan suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang kondusif serta dinamik dalam usaha meningkatkan kesarjanaan ilmu untuk memupuk percambahan minda dan keterbukaan intelektual demi membangunkan potensi diri warga FSS
  3. Berusaha untuk peningkatan yang berterusan dan kompetatif dalam aspek yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional sejajar dengan piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  4. Berperanan sebagai pusat rujukan dalam bidang sains sosial melalui jaringan pintar antara fakulti bersama komuniti dan industri dalam menjana kesejahteraan masyarakat
  5. Melahirkan modal insan yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan wasatiah (kesederhanaan), berdaya saing, kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi berteraskan psikologi insan.

 

Kluster Psikologi 

  1. Ijazah Sarjana Psikologi
  2. Ijazah Sarjana Kaunseling
  3. Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)
  4. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling(Kepujian)
  5. Diploma Kaunseling

 

Kluster Komunikasi

  1.  Ijazah Sarjana Pengajian Media (Kerja Kursus)
  2. Ijazah Sarjana Komunikasi
  3. Diploma Komunikasi Massa

 

Kluster Sejarah & Kemasyarakatan

  1. Ijazah Doktor Falsafah Sejarah (PhD)

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Pautan Pantas

Hubungi Kami

 Fakulti Sains Sosial 
Universiti Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/fss
email Rasmi : fss@unimel.edu.my
+606-3877467
+606-3878411